PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN DI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN DI MALAYSIA
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
DISEDIAKAN OLEH:
![]() |
| NURSYAHIRAH 02DAT20F2017 |
SEJARAH , DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang bercangggah dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau fakta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.
MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN
- Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 - Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
- Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan - "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
- Perkara 11 - Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya".
MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
- Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)2016 - memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan,menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan.Akta ini nampak berkesan ketika pengurusan kes penularan Covid-19 di Malaysia.
MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain. Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat,seseorang masih boleh diambil tindakan.
MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM
- Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini,disebut bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5(Kebebasan Diri), Perkara 9(Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak), Perkara 10(Kebebasan Percakap,Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13(Hak Terhadap Harta).








Comments
Post a Comment